Friday, December 18, 2009

SENYUMAN SEEKOR IKAN LUMBA-LUMBA



Ikan lumba-lumba adalah binatang yang amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Mereka bijak dan mampu menceriakan sesiapa sahaja. Ikan lumba-lumba adalah mamalia seperti juga kita manusia. Di kebanyakkan Negara, ikan lumba-lumba dilindungi daripada dieksploitasi dan penyiksaan. Data menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 2’700 ikan lumba-lumba ditangkap dari habitat asal mereka. 53% yang hidup, akan mati dalam masa 90 hari dan setengah dari mereka mati dalam dua tahun pertama akibat terseksa di ‘tempat’ baru, kerana mereka tidak boleh menyusuaikan diri. Kajian menunjukkan bahawa ikan lumba-lumba adalah antara haiwan yang tidak mungkin dapat menyesuaikan diri dalam ‘kurungan’ walau selama mana pun mereka dilatih. NAluri semulajadi mereka adalah di lautan, melompat dan bebas bergerak.

The Dolphins and Sea Lion Show” yang dibawakan oleh LD Sports Sdn Bhd, menampilkan dua ekor ikan lumba-lumba bernama Rio and Karon dan sepasang singa laut bernama Gendon and Brad menunjukkan bagaimana Malaysia dan rakyatnya tidak sentsitif langsung mengenai hak dan isu eksploitasi binatang. Saya merasa dukacita mereka dibenarkan dibawa masuk ke Negara ini. Binatang-binatang ini akan diusung dari Kuala Lumpur kemudian ke Penang dan Johor selama tiga bulan berturut-turut. Cubalah bayangkan bagaimana siksanya mereka terpaksa diangkat kesana kemari hanya kerana ingin memberi “hiburan” kepada manusia.


Rio and Karon dipaksa melakukan tiga pertunjukkan satu hari pada hari biasa dan sehingga lima pertunjukkan sehari pada hari Sabtu dan Ahad! Bayangkanlah betapa penatnya mereka. Sudahlah mereka dikurung dalam penjara buatan manusia. Jika kita pun disuruh bekerja melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, pasti ada perasaan derita di hati bukan? Sekurang-kurangnya kita dibayar gaji dan tidak dikurung dalam ‘penjara’. Mamalia ini Cuma diberi makan ikan mati, yang tidak pun mereka gemari! Diet ikan lumba-lumba, adalah ikan hidup yang segar!




Binatang ini juga punyai perasaan. Sayangnya perasaan ikan lumba-lumab tidak mampu dizahirkan di wajah mereka. Hakikatnya otot di muka ikan lumba-lumba tidak boleh bergerak, oleh sebab itu, sedih atau takut, sakit atau sihat, mereka akan kelihatan sepert ‘tersenyum’ sentiasa.

Persembahan singa laut dan ikan lumba-lumba ini tidak member secebis pun maklumat atau pengajaran berguna kepada penonton yang hadir, yang rata-ratanya terdiri dari golongan anak-anak. Tidak ada sedikit pun cerita mengenai binatang ini, dari mana asalnya, bagaimana habitatnya, apa yang mereka gemari? Mesej yang diberikan kepada penonton adalah – “Tidak mengapa kita bersuka ria, dan bertepuk tangan. Tidak salah kita menangkap ikan lumba-lumba ini dan memaksa mereka menghiburkan kita. Melayan binatang seperti objek hiburan adalah perbuatan yang boleh diterima”. Music yang kuat dan pengacara yang menjengkelkan membuatkan saya merasa begitu simpati sekali kepada haiwan-haiwan ini.

Di akhir pertunjukkan, puluhan manusia akan beratur panjang untuk mengambil gambar dengan ikan lumba-lumba ini dan dikenakan caj tambahan RM15. Ikan lumba-lumba tidak suka disentuh oleh begitu ramai orang! memegang ikan lumba-lumba dengan sesuka hati, menyebabkan mereka merasa tekanan yang amat dahsyat. Tekanan ini menebabkan usus dalaman mereka rosak dan ini boleh membawa kepada kematian.

Tempat ‘tinggal’ Ria dan Karon terlalu kecil pada pandangan saya. Ikan lumba-lumba di lautan menyelam sehingga 150 kaki dan melompat serta berenang beratus-ratus kilometer jauhnya. ‘Penjara’ ini cuma 2.5 meter dalam, saya seperti mahu mengalirkan air mata. Menurut pekerja yan bertugas “sangkar” singa laut lebh kecil lagi. Cara binatang ini dieksploitasi, menunjukkan bahawa manusia sememangnya sangat tamak dan tidak berperikemanusiaan. Haiwan ini dikerah bekerja bagi segelintir untuk mendapat pulangan. Jika Malaysia mahu mencapai status Negara maju, pertunjukkan sebegini sepatututnya tidak dibenarkan dan diharamkan di Negara ini. Saya pasti negara-negara maju tidak akan membenarkan pertunjukkan yang jelas menyeksa binatang-binatang ini masuk ke dalam Negara mereka. Saya lebih terkejut lagi apabila melihat logo Tourism Malaysia tertera di kain rentang pertunjukkan ini, walhal hakikatnya Tourism Malaysia tidak pernah pun bekerjasama dengan penganjur. Bagaimana mereka dengan sesuka hati boleh meletakkan logo Tourism Malaysia tanpa kebenaran. Dan siapakah yang membenarkan pertunujkkan ini masuk ke Malaysia?

Bukalah mata anda semua, bersuaralah dan hentikanlah kekejaman ini! Ikan lumba-lumba ini sepatutnya bebas berenang di lautan bersama keluarga mereka! Saya pasti Malaysia, kerajaan, wakil rakyat, NGO dan rakyatnya peka kepada nasib malang binatang-binatang ini.

INI SURAT SAYA KEPADA AKHBAR-AKHBAR DALAM BAHASA MELAYU....

SAYA NAK TAMBAH LAGI BEBERAPA ISI PENTING....

RIA DAN KARON TELAH DICULIK DARI LAUT JAWA....fakta yang menyedihkan ialah, apabila seekor dolphin diambil dari 'ahli keluarganya' - sekurang-kurangnya seekor ahli yang lain akan mati akibat kesedihan...mereka binatang yang sangat rapat dengan keluarga....

mereka juga mempunyai kulit yang sangat sensitif..apabila dipaksa melompat, bukan shaja usus dalaman mereka pecah dan rosak.... malah kulit mereka sakit

mereka akan mengalami stress yang amat dahsyat secara fizikal dan mental apabila dipaksa hidup dalam penjara buatan manusia, mereka juga akan hilang antara anugerah paling berharga iaitu "eco location". Kerana tiada ikan hidup, hanya dinding konkirt dan air klorin yang amat tidak sihat untuk mereka.


dolphin berkomunikasi dengan sonar....apabila dikurung di satu tempat yang kecil, sonar akan terpantul pada muka dinding dan dipantulkan semula kepada dolphin tersebut, ianya sangat menyeksa dolphin itu.....sakit sebab berdengung-dengung...

SEDIHNYA apabila doplhin dan singa laut ini dibawa ke merata dunia dan KE NEGARA-NEGARA ISLAM seerti syiria, jeddah...dan juga ke negara membangun thailand, vetnam, philiphines....DAN MALAYSIA ....negara maju takkan bagi masuk!!! jelas menganya binatang

saya tidak dapat tidur malam...i have to do something!!! not just sit and be sorry!

sedih bila tengok rakyat malaysia bertepuk-tepuk tangan gembira...cluless and oblivious!!!! SICKENING to the bone!

17 comments:

  1. Salam..

    first time komen di blog akak ni..sblm ni sy hanya baca saja entri2 akak and of course i admire u..=)
    banyak input blog akak ni..info br yg sy dpt psl dolphin ni..

    setuju dgn pndpt akak..dolphin ptt hidup bebas berenang di lautan..

    sy ingin minta izin akak copy entri ni boleh?

    ReplyDelete
  2. salam,
    one of the reason why i tak penah berminat tengok animal show..mereka spt dieksploitasi..pity them.

    ReplyDelete
  3. A'kum...
    Hi, first time terpanggil utk beri komen sedangkan selama ini saya mmg seorg silent reader... sebabnye baru tadi saya dan adik2 balik dari sunway dan ternampak khemah di mana pertunjukkan di adakan...
    Seriously, saya mmg terkejut kerana selalunya di luar negara jika pertunjukan ikan lumba2 , kolam yg digunakan adalah besar dan luas...(itu pun saya tak berapa nak tonton pasal sedih tengok ikan tu terlompat2 utk hiburan manusia)..sebab itu saya berdebat semasa lalu di dpn khemah dgn adik2 yg tak mungkin khemah sebesar itu adalah utk pertunjukkan dolphin...sedihnya...mmg betul...
    Sebagai seorg guru..."appriciating nature" adelah salah satu tema penting yg perlu di terapkan dlm pendidikan tapi nampaknye kita generasi yg dewasa gagal memberikan contoh baik kpd anak2... ibu bapa beratur luar khemah membawa anak2 masuk sempena cuti sekolah dgn alasanm mahu berhibur...this is very sad...mungkin ada dari kita yg ada kesedaran dan tidak menyokong pertunjukan ini tapi masih ramai lagi yang belum sedar di luar sana
    saya harap wardina dapat meminta kerjasama pihak stesen Tv utk mengutarakan kesedaran ini...

    Miss.Reen

    ReplyDelete
  4. Saya tidak melihat begitu, pendapat saya sarkas ataupun pertunjukan sedemikan adalah baik untuk memupuk rasa cinta khalayak menghargai binatang tersebut.
    Mungkin zaman berubah, kesedaran orang dulu2 tidak sama dengan apa yang Wardina kesalkan. Mungkin satu hari, akan ada aktivis yang membela rumput yang kita pijak ataupun ikan yang kita makan.
    Tapi bersetuju dengan anda kepupusan dolphin perlu diberi perhatian serius dan usaha mengekalkan bilangan dolphin perlu dijaga.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam psahabatan dr org taiping.....

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Saya sangat bersetuju dengan artikel ini kerana saya memang seorang penyokong 'animal rights'. Itulah sebabnya walaupun saya tinggal di Taiping selama 5 tahun, sekali pun saya tidak pernah pergi ke Zoo Taiping dan hati saya tidak tergerak langsung untuk ke sana! Saya mencadangkan blog ini memulakan sesuatu untuk menyedarkan rakyat Malaysia betapa peri pentingnya makhluk Allah ini tidak dikurung atau dijadikan bahan hiburan. Mereka tidak punya akal, jadi menjadi tanggungjawab kita yang berakal ni lah untuk memperjuangkan nasib mereka. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. kak dina,
    paste this info on your FB wall..mesti lebih ramai yg dapat membacanya

    ReplyDelete
  9. salam forever silver,
    saya percaya tulisan kak dina tidak mengaitkan dengan kewujudan zoo. sila anda berkunjung ke zoo dan lihat pula bagaimana haiwan2 ini dijaga dengan kasih sayang..Pertunjukan yang dianjurkan seperti yang diperkatakan adalah bertentangan dengan etika sesebuah zoo, dimana saya percaya adalah sebuah tempat yang berunsur berpendidikan dan memberi maklumat tentang kesedaran kita terhadap haiwan2.

    ReplyDelete
  10. sebelum ni tak pernah terfikir ape yang wardina fikirkan...tetibe rasa sayu lak bace entry ni..

    ReplyDelete
  11. salam wardina,

    satu luahan hati yang sangat ikhlas. penganjur LD Sport ni adalah penganjur yang sama bawa gadis-gadis berpakaian seksi bermain tennis dlm showdown of champions ....perlu ada pembelaan yang lebih adil untuk ikan-ikan tu ...

    ReplyDelete
  12. aaienmat - saya tidak bersetuju, sekiranya kebajikan haiwan dijaga tak mengapa... dipaksa dan dikerah untuk mengaut keuntungan tidak mengajar anak-anak kita apa-apa...

    Zoo maaysia juga daif...jika di Australia zoo mereka benar-benar direka sedekat mungkin dengan habitat asal...sedih tgk gajah dalam sangkar simen

    Malaysia juga antara hub transit popular di kalangan penyeludup liar dunia..

    fikirlah sendiri bagaimana kelas ke-3nya kita dari segi mentaliti,..... penguatkuasaan...mudah dibolosi...

    sedih!!!

    ReplyDelete
  13. Sedihnya....kejam betul manusia.....
    SAya tak pernah pergi atau bawa anak2 saya tengok pertunjukan sebegini....
    Betul kata Wardina...tak ada message yg baik disampaikan dengan menyiksa binatang sebegini....

    ReplyDelete
  14. "I spent 10 years of my life building up the dolphins-in-captivity industry, and I spent the last 35 years trying to tear it down"

    - Richard O'Barry.

    ReplyDelete
  15. Richard O'Barry adalah antara orang yang pernah berada betul2 dalam bidang pertunjukan dolphin ni, jadi beliau patut lebih tahu the cruel facts pasal dolphin show ni.

    Sekarang, dia adalah salah seorang aktivis yang berusaha sedaya upaya beliau melindungi haiwan ini dengan nyawa beliau.

    beliau pernah berkata something like,

    dolphin is an animal that have long life span, up to several years. but the dolphin in captivity only lived up to several months. they are in depression state. that he has witnessed, on one occasion, the dolphin under his watch just refused to breathe (dolphins have voluntary breathing system).

    the dolphin actually committed suicide out of depression!! people, do something!

    ReplyDelete