Friday, December 25, 2009

Saya MElayu....?


Saya sebenarnya tak tahu saya bangsa apa.... dari kecil saya sangat keliru....

bangsa walaupun memberi kita sedikit refleksi mengenai asal usul dan jati diri... sesuatu bangsa tidak akan berjaya hanya kerana bergantung kepada masa silamnya...benar ianya boleh memberi inspirasi dan semangat, tapi semangat boleh datang dari mana-mana.....

sekiranya bangsa itu tidak mencari ilmu, maka sesuatu bangsa akan menjadi gelap dan jahil. lebih parah lagi jika kejahilan itu tidak disedari. dunia banyak berubah....bangsa berjaya adalah bangsa yang berubah dengan keadaan, bukan menuntut sesuatu hak keistimewaan dan terus mahu bertongkat...tiada bangsa yang akan berjaya jika terus bersikap begitu ... "Ilmulah yang akan menukar nilai pandangan" kata zaid ibrahim..... cari lah ilmu, luaskankan minda dari fikiran sempit selama ini....

tidak saya bukan ahli politik..tetapi minat dengan dunia politik dan kerakusan kuasa sesetangah pihak.... sedih dengan politik perkauman yang sengaja diapi-apikan..... risau dengan rasuah.....kerana anak-anak saya akan membesar di negara ini...

saya bukan menyokong parti A atau B....jadi jangan menilai saya kerana membaca buku ini, saya membaca banyak buku untuk memberi minda saya perspektif dari banyak segi.....

aduhai.....bilalah bangsa ini akan menjadi bangsa yang bermaruah? dilema dari dulu...kini dan janganlah selamanya....

kejayaan yang dikecapi janganlah menggadai maruah dan nilai diri.....

kata zaid yang benar-benar menyentuh - (saya baru mula baca dah sudah begitu terasa....zaid melahirkan rasa kecewanya dengan sangat ikhlas sekali.....)

"Tdak ada jalan mudah dalam hidup ini untuk mencapai kejayaaa. Lebih-lebih lagi kalau kita orang kebanyakkan yang bukan dari golongan ternama atau bangsawan yang sudah ada pangkat. Kejayaan yang dicari mesti lah berasakan kepada keupayaan dan usaha gigih"........

"Kalau melayu mengharai harga diri, mestilah sanggup menolak budaya rasuah atau menjadi 'pak turut' untuk mencari pangkat dan upah"..

zaid menyuru supaya kita mengguna "intelek" untuk berhujah...."{hujah dilawan hujah, kalau dilawan tangan, itu biadap namanya"...gunalah lapangan berdiskusi dengan berhemah mengguna bahasa dan hujah yang munasabah....

untuk menjawab dengan hujah, maka ilmu perlu dicari....

bacalah dan nilailah....anak-anak melayu...bangkitlah....

***im trying to finish the book by tomorrow...ill update my thoughts later*** as if anyones interested .... ;)

17 comments:

  1. well bangsa melayu ni very subjective to me laaa... susah nak define bangsa melayu ni... seems like bangsa melayu ni campuran dari semua bangsa2 di dunia... tu laa sebabnya bila orang melayu kalo pergi ke negeri arab nampak macam orang arab... bila ke china nampak macam orang cina... bila ke europe pon kadang2 nampak macam omputih... wutever it is, sesiapa yang mengaku dia melayu, kena bangga dengan anugerah ilahi... ilmu memang perlu dicari selagi hayat dikandung badan & yang paling penting
    kita perlu belajar mengenal diri kita sendiri... wallahualam..!!

    ReplyDelete
  2. dua ibu jari untuk puan!

    bangsa yang dihormati adalah bangsa yang berilmu.
    kalau dulu kita boleh berniaga, berlayar dan berperang guna baju besi, tu semua kerana ilmu orang dulu2..
    saya sendiri cuba untuk kurangkan / hapuskan mentaliti "tongkat" ke atas diri sendiri...

    ReplyDelete
  3. mama dah baca buku tu agak lama juga.Naik semangat dan berfikir sejenak...bye dina..

    ReplyDelete
  4. salam...
    memetik tulisan zaid: Kalau melayu menghargai harga diri, mestilah sanggup menolak budaya rasuah atau menjadi 'pak turut' untuk mencari pangkat dan upah
    sebenarnya istilah budaya pak turut sangat univesal sifatnya kerana itu ia telah diungguli, dituruti bangsa melayu sejak seribu empat ratus tiga puluh lalu!
    amat sukar dikekang mahupun dipadam sebab ia sudah menjadi akar umbi dalam kehidupan masyarakat melayu hari ini maupun akan datang!
    tetapi sekiranya gaya budaya ini tidak dipratis atau digunakan sejak dulu sampai sekarang, pastilah bangsa melayu menjadi suatu bangsa yang dikagum, hebat, tersohor dan bermaruah.
    sayangnya kerana bangsa melayu tidak mahu kembali mengikuti jalan terdahulu, iaitu jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Dia anugerahkan nikmat kepada mereka...

    ReplyDelete
  5. Melayu tindas melayu spesis yang ada dalam UMNO

    ReplyDelete
  6. hurm... melayu... saya sendiri pun kadang keliru... bugis ada, indonesia ada, kelantan ada... (nenek moyang dari pelbagai negara)...

    malaysia... moga terbaik akan datang dari segi mentaliti berilmu...

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Bangsa Melayu sekadar nama bagi satu komuniti sahaja tetapi hakikat paling penting ialah bagaimana komuniti itu membina ketamadunan mereka, kini MELAYU di lihat makin ME-LAYU dengan pelbagai perkara yang membuat kita terfikir aku melayu ke atau merasa malu untuk bergelar melayu kerana apa?melayu kini tidak sama seperti melayu dulu dan melayu kini tidak semestinya Islam seperti Melayu dulu

    ReplyDelete
  8. yang penting kita dapat hormat menghormati antara satu sama lain...

    bosan2 bacalah kes mengenai cerai pasal facebook...

    Cerai Kerana Facebook

    ReplyDelete
  9. betul 2 akak..kalau tak ada ilmu, tak ada la amal..sampai bila2 kita tak akan melangkah jauh kalau ilmu tidak dicari, tidak ditambah..=)

    ReplyDelete
  10. budaya memberi rasuah, alasan ingin bersaing.,,tak boleh salahkan penerima, diri sendiri yang mahu beri..bila pemberi terasa malu menghulur 30%..walaupun diminta..

    ReplyDelete
  11. tak kira la kita ni bangsa dan agama apa pun. semuanya makhluk Tuhan. yg penting tahu erti hidup... berguna pd agama dan bangsa... sedar dan insaf diri... tahu bersyukur... tq

    ReplyDelete
  12. masih lagi menunggu kebangkita bangsa melayu. Mungkin setelah tertekan dengan betapa berkuasanya bang-bangsa lain barulah bangsa melayu akan bangkit ....suka lagu ANAK KECIL MAIN API .....

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Jeehan al-Malizy bermaksud Jeehan orang Malaysia.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  14. yups..sama pendapat ngan kak wardina....++dalam proses nak post crta pasal tokoh2 msia..one of it is zaid ibrahim..

    **tngah tunggu madam punya ulasan..

    ReplyDelete
  15. kita tak dapat buang bangsa.. tetapi kita dapat membuang perbezaan.. yang dibenar oleh agama.

    bak kata PM kekuatan kita ialah unity in diversity.

    ada perbezaan yang wajib dikekalkan kerana disurh agama kena dikekalkan.

    saya selalu tengok MHI dan saya suka penampilan kak wardina.

    actually saya sangat minat spanar jaya.

    cuma sekarang tengah berusaha nak tengok kak wardina pakai stoking. sebab pagi semalam saya tertengok bahagian kaki yang cantik tu.

    harap Allah tidak marahkan mata saya...astagfirullah.

    agar tidak menarik minat lelaki utk bahagian kaki yang memang menjadi sasaran mata para lelaki.

    kerana kaki yg cantik memang disukai lelaki. mungkin sebab tu Allah suruh ditutup dari dilihat oleh bukan muhrim.

    harap suami sahaja yang berhak memandang kaki isterinya.

    salam hormat kak wardina dan jemput ke blog saya.

    jadi pemberi komen pun lagi tak apa... maafkan jika komen saya mengganggu.

    saya dpt link dari blog abg mazidul...

    ni blog saya :

    http://penembak-tepat.blogspot.com

    ReplyDelete